5S Policy

Nicaria Sdn Bhd (NSB) berazam untuk membudayakan Sistem Amalan 5S agar dapat mewujudkan persekitaran kerja yang bersih, selesa dan selamat. Bagi mencapai hasrat ini, NSB akan terus memastikan Polisi 5S difahami dan sentiasa diamalkan di tempat kerja.

NSB akan sentiasa berusaha mempromosi, menyedia, memberi latihan dan melaksanakan 5S sebagai amalan semua warga kerja dalam syarikat serta menggalakkan komunikasi dan penglibatan secara aktif dari semua pihak. NSB juga akan menyediakan sumber-sumber yang mencukupi agar perlaksanaan Amalan 5S mencapai matlamatnya.

NSB akan sentiasa memantau dan mempertingkatkan Amalan 5S secara berterusan melalui pembudayaan amalan 5S di tempat kerja. Komitmen dan penglibatan warga NSB dalam pelaksanaan Amalan 5S merupakan asas kepada peningkatan kualiti dan
produktiviti syarikat.

Dengan amalan 5S akan memberi nilai tambah kepada imej korporat syarikat secara keseluruhannya serta menjadikan NSB sebuah syarikat yang maju dan disegani dalam pencapaian produktiviti dan kualiti.

PENGERUSI EKSEKUTIF
NICARIA SDN BHD